Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Thursday, July 31, 2014

Anak-anak dan Buku Cerita

Salam Syawal

Alhamdulillah dah masuk 4 Syawal dan aku pun dah mula masuk kerja.

Before raya hari tu, aku ada belikan buku-buku cerita utk Ayys. Aku beli online kat  PTS. Antaranya:

Novel kanak2:
1) tabung Raya
2) Cef pastri Junior

Bacaan Umum:
3) Kisah 25 Rasul
4) 101 Nikmat Bersedekah
5)101 Nikmat Bersolat
6) 101 Nikmat Membaca Al-Quran


Hari first tu, aku bacakan buku untuk dorang sebelom tido. Tak lama pun, 5 min lepas tu, Nina nak buku tu and dia tiru aksi aku td. Nina letak buku atas peha dia n dia start bercerita. Tapi bukan la cerita buku tu, cerita dia reka sendiri. Mungkin Aman sorang je faham. #firstnight #fail

Okay, esok tu, aku baca siap2 buku Cef Pastri Junior. Buku tu mengisahkan sorang budak, Aina, yang malas ke sekolah. Ada je alasan dia masa mak dia kejutkan bangun pagi. Bapa Aina ni cef. Dan Aina ni pulak suka makan kek coklat. Kalau dia xnak bangun pergi sekolah, mak dia akan umpan dia dengan kek coklat.

So, b4 sleep, aku pon mulakan la misi bercerita. kali ni xde buku. Just penceritaan. Kisah si Aina ni la aku cerita kan kat Nina. Ok. Misi berjaya. Ayys dengar cerita aku dengan penuh kusyuk. Aku pon senang hati.

ESok pagi tu, aku kejutkan Nina g sekolah. Alahai, rupanya ada drama swasta pagi tu. Puas aku pujuk, tetap xanak. At last aku tanya, kalau Nina g skolah, Nina nak apa? Nnt Ummi belikan?

And she said....KEK COKLAT.

Dari blom mandi sampai dah sampai sekolah, dok tuntut KEK COKLAT...alahai...singgah petronas beli choc muffin. Baru diam.

Hari ni, tukar buku. Kisah 25 Rasul pulak. Harap2 berjaya la kali ni. Amin.

Masa raya xingat buku2 dah dorg ni..tahu main je...tapi xpe, ummi bagi chance :-)








No comments:

Post a Comment