Honey Love B

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nurul Ayy Nina Binti Nor Asmawi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

effa birthday

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

NUFFNANG

Monday, August 18, 2014

Resepi Kek Keju Lapis (Slice Cheese Cake)

Salam,

Ni projek hari Sabtu haritu. Bahan2 dah beli sejak bulan Jun lagi. Konon2 nak buat time puasa. Tapi sampai kesudah tak buat2. Terpaksa jugak bawa balik KL untuk merealisasinya.

Ni resepinya yang di copypaste dari FB: Rahsia Hawa. Boleh jugak follow blog ni. Dia tunjukkan step by step lagi (Open Minda)

Bahan2 :
7 keping cheddar cheese (kira-kira 21g satu slice)
200ml susu cair
4 biji telur
75gm tepung gandum
75gm butter
100gm gula halus
1/2 sudu teh cream of tartar

Cara Menyediakan :
1. Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu.Masak dengan api perlahan..Kacau selalu.
2. Bila dah hancur masukkan butter sehingga cair, tutup api dan sejukkan.
3. Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan.
4. Pukul putih telur bersama gula dan cream of tatar sehingga kembang dan meringue(bertanduk).
5. Kemudian pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi (ditapis)
6. Masukkan tepung sedikit-sedikit serta kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
7. Kemudian masukkan adunan putih telur tadi dan kaup balikkan adunan sampai sebati
8. Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter.
9. Letak loyang dalam bekas berisi air panas
10. Panaskan oven..boleh lah dibakar dalam 1 jam 30 minit atau mengikut kepanasan oven masing-masing
11. Potong masa kek dah sejuk. Baru cantik teksturnya






2 comments: